Saturday, May 16, 2009

happy teacher day.....

Hari nie 16 Mei hari guru....setiap tahun tarikh keramat ini akan disambut seluruh pelusuk Malaysia. Tema hari guru tahun nie "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"..Klau dihayati tema hari guru tahun nie penuh konotasinya..... kt sini aku postkan satu sajak USMAN AWANG...Korang baca dan hayatinya...

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat hari guru BUAT semua terutamanyer wat cikgu2 aku dlu and lecture2 kt maktab...terima kasih cikgu...

aku and frenz with my luvly teacher...masa aku form 5 celebrate hari guru..

2 comments: