Wednesday, July 7, 2010

pengakap..

hari ini kitorang diminta utk handle aktiviti pengakap kt skoll
sebb cikgu pengakap pie kursus..
pale otak nie blurr..amendela nk wat ngan budak2 nie pasal pengakap...
dah lama aku meninggalkan zaman berpengakap..last sekali masa sekolah rendah dlu..
kt mktb pulak masuk KRS
so pikir punya pikir wat aktiviti permainan kecil utk budak2 nie
sebelum2 tue kena wat upacara wajib cm nyanyi lagu negaraku, baca persetian pengakap dan undang2 pengakap..
aku dah lupa cmner nak baca persetian pengakap dan undang2 pengakap..
tpi aku wat2 machoo cam tahu jer..padahal x ingat paper..suh budak2 tue baca kuat kt depan..
brula aku ingt balik benda2 2...
so...pasnie wat persedian sebelum handle something..

Tuesday, July 6, 2010

~~update~~

asenye dah lama aku x update blog aku...dah bersarang jer..
mesti tertanya2..mengapa aku lama x update..
jawapanye ialah kebzzzzz kan menggangu ku...dan satu gie penyakit M...(malas)
yang mnjadi kekuatan aku untuk update blog ialah kerena Cik Pidah...
dia dah sound aku bawak2la update blog awak 2...
so melalui sekarang aku akan merajinkan diri untuk mengupdate blogg aku..

Tuesday, January 5, 2010

ceriter sebenar...........sila baca........

kisah ni btul2 trjadi.....takut seh....patut la penjara tu cm mnyeramkn.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... '

Saturday, November 7, 2009

harga SeBUAh Janji..........

janji?...

janji melambangkan satu amanah yang dipikul dibahu yang perlu ditunaikan...sesungguhnya harga sebuah janji itu tidak ternilai.kita bisa mengungkapkan janji kepada sesiapa pun....janji dengan Allah...janji dengan sesama insan...janji dengan alam dan yang janji dengan diri sendiri...tpi yang paling sukar ialah janji sesama insan kerna ia melibatkan hati dan perasaan seseorang...


bait lagu Allahyarham P.Ramlee dlm filem Masam2 Manis.. [apa guna berjanji... kalau x ditepati..kelak meracun hati..tuan sendiri mengigit jari.....]sesungguhnya benar bait..kini ia terkena batang idung sendiri..

setiap janji yang diungkap perlu ditunaikan walau dengan apa cara sekalipun...telajak perahu boleh diundur.telajak kata ..................... biasanya janji diungkap bersama kalimat insyaallah....

kini ku mengerti...jngn berjanji kira x dpat tunaikan kerna janji itu satu harapan..dari harapan menjadi kekecewaan..dari kekecewaan menjadi kehampaan dan luka yang amat pedih untuk ditelan....kini ku mengerti....

Monday, November 2, 2009

Tujuan Berkahwin...

Berhubung dengan persoalan kahwin atau nikah ini, kita perlu mengetahui apakah tujuan kita kahwin. Bagi orang Islam yang sebenar, tujuan perkahwinannya atas mencari keredhaan Allah, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.

Oleh itu niat kita hendak mendirikan rumahtangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Kalau niat mendirikan rumahtangga tidak betul mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka keluarga yang didirikan tidak akan mendapat pimpinan dari Allah swt.Sekiranya kita sudahpun mendirikan rumahtangga, tidak salah kalau niat ini kita perbetulkan semula.

Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumahtangga kita ialah untuk mendapat sebanyak-banyak anak yang soleh.

Allah dan Rasul memang menghendaki niat seperti ini kerana muka bumi ini adalah diserahkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia untuk ditadbirkan dengan baik mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah berikan.

Manusialah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini.”

Rasulullah saw juga penah bersabda:

‘………..kerana aku berbangga di hari kiamat nanti dengan ramainya umat-umatku dibandingkan dengan umat Rasul-Rasul sebelumku.”

Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah hamba-hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah-perintah Allah serta yang beriman kepada Allah dan Rasul.

Adalah hikmah dan rahsia pada ramainya bilangan isteri Rasulullah saw itu ialah supaya menggemarkan umat Islam pada membanyakkan bilangan umat Islam.

Jelas pada kita betapa Allah dan Rasul memang mengkehendaki umat yang ramai dan kerana itu Allah sediakan nikmat-nikmat yang banyak untuk manusia. Dan dengan sebab itulah, apa saja yang ada di muka bumi ini, samada kita sedar atau tidak, semuanya adalah untuk kita. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:

“Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu (manusia).”

Perlu kita ingat bahawa Allah amat mengetahui rancangan kita dalam merancang keluarga. Contohnya,kita tidak mahu anak yang banyak., kita makan pil-pil atau sebagainya.

Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt.Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya,Allah akan lebih menipu daya kita. Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya.

Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak. Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaannya.

Bukan sedikit anak itu yang menjamin kebahagiaan hidup kita. Malah, anak yang banyak yang kemudiannya soleh-soleh pula, dia akan mendatangkan kebajikan dan memberi kebahagiaan hidup kita, bukan saja di dunia,bahkan di akhirat juga. Jika anak itu mati semasa kecil, dia akan mendatangkan syafaat kepada ibubapanya.

Jadi, niat yang pertama dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah niat untuk mendapat anak sebanyak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik kerana, kalau pun pada pelaksanaannya, ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua dalam kita mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu dapat menghilangkan nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap wanita-wanita yang tidak halal bagi kita.

Melalui perkahwinan akan dapat mengelakkan diri kita daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat. Melakukan perkara yang halal dengan niat untuk mengelakkan diri daripada perkara yang haram merupakan satu kebajikan yang akan membawa pahala dari Allah. Rasulullah sawbersabda yang maksudnya:

“Pada kemaluan seseorang kamu itu pun adalah sedekah.”

Apabila seseorang itu berkahwin dengan niat ini,ia memilih jalan yang dihalalkan oleh Allah dan telah dicontoh oleh Rasulullah saw untuk memenuhi keinginan semulajadi.Ia mengatur dan menyusun perhubungan tadi mengikut lunas-lunas Islam.Dengan sebab itulah, Allah telah menghalalkan pernikahan dan mengharamkan perzinahan.

Niat yang ketiga dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu akan menyelesaikan masalah hati daripada mentadbir rumahtangga.

Dengan berkahwin, seseorang itu tidak akan menumpukan perhatiannya dalam menghadapi rumahtangga, terhadap ibadah kepada Allah terutamanya di dalam sembahyang.Kerana segala perurusan rumahtangganya sudah diselesaikan oleh isteri daripada memasak makanan,mambasuh pakaian, mengemas dan sebagainya, sekiranya seorang isteri itu tidak bekerja makan gaji. Isteri yang solehah dan yang beragama itu, dia akanmenyelesaikan semua urusan rumahtangga.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud:

“Perempuan itu dinikahi dengan empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih yang kuat beragama, nescaya dia menguntungkan kamu.”

Rasulullah menyuruh kita memilih yang beragama kerana perempuan yang beragama itu sempurna Islamnya dan sempurna ihsannya. Ini adalah syarat agama atau rukun beragama iaitu iman, Islam dan Ihsan.

Apabila kita hendak berkahwin, terpaksalah kita mencari perempuan yang sempurna agamanya kerana beragama itu adalah salah satu sifat wanita-wanita solehah.

Niat yang keempat dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu boleh menghiburkan hati kita.

Dengan kita kahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka. Dengan demikian akan menenangkan hati kita serta memberi kegembiraan kepadakita lantaran kita dapat menumpukan sepenuh kusyuk kepada ibadah kita dengan Allah swt terutamanya di dalam sembahyang yang mana merupakan ibadah yang terpokok.

Sedangkan untuk mendapat kekusyukkan di dalam sembahyang itu adalah yang paling susah sekali selagi kita tidak dapat hadir hati di dalam sembahyang. Kalau hati sentiasa resah dan gelisah, maka akan bertambahberserabut lah sembahyang kita.

Sebab itulah, hati kita ini perlu diberi hiburan dengan senda gurau kita terhadap isteri. Malah bukan dalam sembahyang saja, kita dapat mengusahakan kekusyukkan beribadah bahkan puasa juga tidak akansempurna kalau hati kita tidak tenang.

Puasa yang sempurna itu ialah apabila hati kita tidak teringat kepada perkara-perkara yang boleh melalaikan kita kepada Allah swt seperti kita teringat kepada dunia, kepada wanita-wanita dan sebagainya.

Dan akhirnya, niat yang kelima yang hendak kita pasang apabila kita hendak mendirikan rumahtangga ialah dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ia bererti yang apabila kita telah mempunyai isteri, kita terpaksa berlawan dengan kewajipan-kewajipan menjaga dan mendidik anak isteri.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang sifat-sifat seorang perempuan itu bahawa kata baginda, perempuan-perempuan itu adalah dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok yang kalau kamuluruskan ia dengan cara paksa dan mendadak, ia akan patah. Sebab itu, hendaklah di jaga isteri itu dengan bijaksana.

Satu daripada tugas kita dalam melawan nafsu ini ialah dalam menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat. Memang sudah demikian Allah jadikan kamu perempaun mempunyai nafsu lebih daripada lelaki.

Nisbah kalau nafsu itu ada sebanyak 10, 9 daripadanya adalah pada kaum perempuan dan satu pada kaum lelaki.Sedangkan nafsu itu sentiasa mengajak manusia berbuat jahat. Ertinya, kejahatan sajalah yang mempengaruhi kaum-kaum perempuan. Oleh itu, tugas kita bila berhadapan dengan isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu.

Sejauh mana kita berjaya memimpin anak isteri kita ke jalan yang diredhai Allah hingga mereka dapat melaksanakan syariat Allah, maka di situlah nilai pahala yang tinggi bagi kita di sisi Allah swt.

Di sinilah akan lahirnya sifat sabar pada suami iaitu kenalah banyak bersabar dalam menghadapi ujian yang didatangi oleh isteri, selain daripada terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”

Demikian lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumahtangga. Lima niat ini adalah yang paling kurang selain dari niat-niat baik yang lain seperti niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak isteri dan lain-lain.

Kalau sekiranya kita ada mempunyai 5 niat yang betul dan baik ini, maka di situlah Allah akan bantu kita dan akan memberi taufik dan hidayahnya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumahtangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah swt.

Tuesday, September 8, 2009

1,2,3 smilee.....peacee....

Sesi bergambar untuk kelas diadakan...kitaorg agak excited..ari nie tetiba jer ase diri nie nak ensem (memang selalu ensem pon)..almaklumla gambo kelas...walaupun ia hanya sehelai kertas yang penuh warna-warni...sekeping gambo membawa seribu warna..

Tpi kenapala mahal sangat gmbo tue..sekeping gambo RM10..mahal tue..bli ayam percik kat bazar dapat 4 ketul...naper ler JPP amek potogrpher luar..kalu diorang bagi project nie kat aku n Topek kita orang bagi RM5 jer satu pakej..siap dapat CD..anywhere aper2 pon aku bayola..nak wat cmner...gmbo kenangan tue..kiteorang nie cuma tinggal setahun jer dapat bersama...aper happy always...idup 6.4...tagline dia "jangan hmbar selalu"





Tengah setting tempat....




En.Patarai : saper rasa dia kurus sila duduk bah....





peaceeee......nampak gigi..



PISMP 6.4




Muke2 tua bajet comel




4 jejaka tampan vs 3 dara kepoh




Motor idaman kalbu....




abng macho...rambut dia stylelah..




merenung ke hadapan....tpi....aboi pndang bwah..cmner tue



aper bleh buat...klau dah giler bergambo

Sunday, September 6, 2009

kawanku.......ustazzz?

Semalam (5 september) aku dikejutkn dengan khidmat pesanan ringkas (sms) dari seorang rakan aku.(x terkejut pon)..hehehe..dia ajak pie KLIA..aku bengong..wat perla nak ke sana pose2 nie...aper ker cekihnyer nk kesana...dia ckp seorang rakan kami akan berangkat ke Jordan...mlm nie...di ckp nak pie...so aku nk join sama..dia ckp on kul 11 mlm...

Tepat kul 11 malam kami meluncur laju ke KLIA dengan viva elite warna putih plat AGW _ _ _...Kete baru tue...dalam kete tue sempatla bergosip cikit pasal membe2 kiteorng...mengenai member kiteorng nie yang nak berangkat ke Jordan nie namenye Mohd. Afifi Syazwan (aikh name nie sama jer dengan .....) dia nie sejak dri skol dlu memang baik giler..ajak wat koje giler2 memang x layan..bekas ketua pengawas merangkap ketua asrama..aku nie cuma merangkap asistant dia jer....lepas SPM dia masuk Kolej Islam Darul Ridzuan..bayangkanlah..dlu SPM amek kos sains tulen..then smbung kos yang x der kaitan masa skol dlu..tue aku respect kt dia..klau aku x taula..hehehe

kitaorang sampai KLIA dlam kul 12...sampai2 nmpak penuh orang yang lakinyer kai kopiah putih yang yang pompuan bertudung labuh....dari jauh aku nmpak kelibat member aku nie tngh dok sebuk melayani panggilan..mengalahkan menteri..huhuh...lama sungguh x jumpa dia..last sekali jumpa masa member aku sorang nie kawen..dia ader ckp nk fly pie Jordan..aku ingat dia memain..rupa2nyer btul...dia akan menyambung pengajian di Universiti Mu'taah, Jordan dalam bidang usuluddin slama 2 tahun..aku tnya dia aper dalam beg ko bwak beso2 nie...dia ckap aku bwak bnyak makanan cm serunding, nasi impit segera..maklumla nak raya..2 aku sayu jer dengo..raye kt sana 2..mau x sedih aku....aper pun gud luck 2 my fren...may Allah BLESS u..aku doakan ko berjaya....jumpa lagi 2 tahun..
.
.
kenangan bersama


bosan + mengantok...


bakal2 ustazz

aku ngan ustazz